Pages

Monday, October 05, 2009

KASIH ITU DIAM & INDAH

ALHAMDULILLAH pada hariraya ketiga lepas,anak saya Azizie dan Wan Hazirah telah selamat mendirikan sebuah rumah peribadi mereka. Berlinangan airmata Azizie di masjid Machang, Kelantan pada tengahari itu. Tuhan, hanya Dia yang tahu betapa hati saya saat itu. Luluh oleh gembira. Oleh sedih, oleh kekaguman. Oleh katakjuban kepada takdir Allah. Maha suci zat-Mu ya Allah. Menemukan sanak saudara. Bagaikan satu menifestasi 'pertemuan kasihrindu' yang tersimpan dan diam di tempat paling suci - di rumah-Mu, Allahku. Bagaikan semua merayakan kebahagiaan. Bagaikan kebahagiaan menakluki seluruh isi hati di pagi itu. Semua ada. Ayah ada, umi ada. Adik-beradik, ipar-duai juga ikut serta. Yang kecil dan dewasa. Jauh dekat hadir bersama. Tentunya disebabkan oleh raya, jadi semuanya berkumpul di kampung halaman.
Air mata, saya tangguhkan sehingga malamnya justeru tidak mahu keindahan pagi itu tergisir. Saya cekalkan hati. Betapa dalam waktu-waktu begitu kehidupan wajar dirai. Wajar dihormati, lalu saya menghormati lalu saya meraikan mereka. Semuanya lancar sehingga petang. Dua persalinan dikenakan, Ada kebaya dan gaun. Hazirah manis dalam kebaya dan gaun, barangjkali justeru tubuh lampainya. Ada yang mengusik-usik, "macam Erra Fazira". Ya, sekalli imbas ada persona bintang itu. Azizi sanjak dalam caranya. Berbaju Melayu dengan keris dan berbaju kepolisannya.

Tertegun seketika, memandangkan seingat-ingat saya; sudah lama istiadat persandingan ini saya lupakan. Bertahun-tahun dulu (ketika saya masih belum menjejak kaki ke sekolah menengah) itulah masa-masa acara 'sandingan' ini penting. Tahun-tahun saya membesar sudah jarang dilihat. Mungkin lebih Islamik kerana ada selisih pendapat tentang majlis tersebut. Tapi tahun kebelakangan ini majlis itu menjadi semacam trend. Semua bertudung (perempuan) semasa akad nikah. Dalam hati tertanya-tanya; apakah tidak sah nikah tersebut jika bebaskan rambut? Bukan saya tak suka orang memakai tudung tapi terasa ralat sebab tudung hanya dipakai untuk majlis-majlis keagamaan sahaja. Lepas menikah di masjid ... pakai baju nampak segala-gala. Nampak belakang, nampak pinggang hatta paha pun. Apa maksud semua itu? Pelik bin/binti hairan. Mana hukum mereka pakai, mana mazhab mereka ikut. Menikah kena pakai tudung, sanding ikut suka hati depa. Berkemban pun boleh, tak nak pakai baju pun tak apa. Anak saya pun ada juga adegan yang nampak rambut tapi itu hanya dalam rumah. Untuk makan beradat tetapi sesudah tak ada sesiapa lagi di situ. Semua tetamu dah balik.

Aduh, macam-macam perkara berlaku dalam tempoh hari raya tersebut. Ada banyak perkara yang saya nak tulis tetapi buat masa ini cukuplah satu ini dahulu memandangkan malam ini saya ada kuliah justeru itu perlu berhenti di sini dahulu.

bersama Kak Zan, biras sulung saya