Pages

Wednesday, July 20, 2011

TENTANG KAU

kasih. Aku sedang menyimpan ingat tentangmu di dalam aku. Tanpa luak meski secebis, tanpa ugah walau sesenti. Tanpa jemu walau sedetik. Tanpa ragu walau sebenang. Tanpa segalanya kerana kau telah sempurna di hati tanpa syarat. Kasih, tidak perlu kau zahirkan kerana aku sedar, matamu sudah lama menghantar makna. Hanya takdir, tak upaya diintai.

kasih, aku diam kerana kau lebih mengerti makna diam ini.

PJ - KL




Tuesday, July 12, 2011

SEKEPING NOTA UNTUK CINTA

berhentilah menulis nota cinta. Kataku. Aku hanya jatuh cinta. Salahkah? Aku balas, tidak salah jika dalam laras yang benar tetapi aku tahu cintanya tidak benar. Duniawi. Aku menyoal, mengapa perlu cinta? Dia menjawab, kerana aku masih di dunia. Masih bernafas dalam nafas-nafas manusia makanya aku mencintai manusia.

Rupanya aku juga sedang jatuh cinta!