Pages

Friday, August 05, 2011

... tanpa tajuk


... apakah kasih sayang perlukan tajuk? Atau sebab atau pertanyaan?

Entah, jawapan itu ada dalam diri kita. Aku mengasihinya juga dengan tanpa tajuk. Dengan tanpa pertanyaan. Namun telah kami serahkan kasih ini kepada Dia. Yang tahu di mana garis tamat atau tunas yang akan mengembangkan pucuk baharu.

Seperti kuntuman mawar yang kuselitkan ini, dia juga hidup tanpa tajuk.

Wednesday, August 03, 2011

JATUH CINTA

...padamu Ramadan. Selalu aku berharap kau ada bukan hanya kini tetapi selalu. Supaya aku dapat menahan perutku dari kenyang. Supaya aku selesa tidak menjamu kehendak perutku. Supaya aku dapat memikirkan baju-baju untuk raya - termasuk untuk keluarga. Warna pilihan, fesyen pilihan serta hidangan pilihan di pagi raya.

Langsir baru. Perabot baru. Dari a - z semua mahu baru. Pendek kata, semualah. Kekasih baru?

Tahun ini aku mahu fikir pasal laptop!