Pages

Thursday, January 31, 2013

CINTA

Terima kasih, menghadiahiku cinta ini Tuhan. Sungguh,  aku sakit. Namun sakit itu perlahan-lahan menghantar rasa. Insaf.

pustaka jiwa – tanah petaling.

Saturday, January 19, 2013

nikmati cinta


… duhai angin yang mendesir. Katakan kepada  takluk, aku sedang menunggu hari yang jauh dari latar ini.  Ingin  kulihat cinta di pusat cakerawala. Tumbuh dan utuh hingga ke langit tujuh. Bertemu Allah di singgahsana-Nya. Makbulkan doa ini  ya-Mujib.
pustaka jiwa – tanah petaling.

Thursday, January 17, 2013

kasih


... aku hanya ingin berbaring di  lenganmu, mendengar degap jantungmu pabila kau bernafas, memberi mata dan tumpuku tika kau  bersuara. Tatkala kau menutur kata, tenggelam aku dalam makna. Sedetikpun  tak kuizin waktu berlalu tanpa sedar.  Duhai,  telah Dia hadirkan kau dengan wajahmu. Dan, jika  sedekadpun aku terpaksa menanti, aku akan, kasih. Hanya untuk menjadi makmum dan  menyalami  tanganmu tanpa dosa.

pustaka jiwapetaling jaya

Sunday, January 13, 2013

pertanyaan



Waktu paling indah, kau?  Tanya dia. Kataku, selepas tengah malam hingga jelang subuh. Dia bertanya lagi, kenapa? Aku menjawab, kerana tatkala itu makhluk tidur dan malaikat lebih hampir kepadaku. Dia bertanya lagi, apakah tak pernah kau bisikkan kepada malaikatmu itu? Bisik apa? Soalku. Dia menjawab, bukakan makna-makna tersirat di hatimu yang diam kepadanya. Aku senyum lalu menjawab, Allah tak perlukan penolong

pustaka jiwa - petaling jaya.

Saturday, January 12, 2013

kata kita


Kata seorang teman, menangis itu sakit tetapi melegakan. Kataku, cinta itu bahagia tetapi disarati bimbang
Kecuali mencintai Allah.
pustaka jiwapetaling jaya

Saturday, January 05, 2013

Kata-kata




… tak  jemu  aku, mengucapnya.  Kalau  nanti  bisupun,  akan  kutulis  tentang  ingat  ini,  kasih.
Pustaka jiwa – tanah petaling.

Wednesday, January 02, 2013

bila



...waktu kau bisikkan salam,
nafasku diam. Terima kasih,
menghentikan  mimpi ngeriku.
Melihat matamu bersinar ke langit, aku mahu hidup hanya  dalam  cinta kerana tahu, hari tak lagi menipuku.

pustaka jiwa - tanah petaling.

Tuesday, January 01, 2013

meski dingin cekam rusukku, aku masih di sini. Usah berpaling karena dapat kucam baumu. Ceritalah pada angin, selalu akan kudengar patah-patah tuturmu - tika kau bertasbih di mihrab Tuhan.
pustaka jiwa - tanah petaling.