KASIH ITU DIAM & INDAH
Tertegun seketika, memandangkan seingat-ingat saya; sudah lama istiadat persandingan ini saya lupakan. Bertahun-tahun dulu (ketika saya masih belum menjejak kaki ke sekolah menengah) itulah masa-masa acara 'sandingan' ini penting. Tahun-tahun saya membesar sudah jarang dilihat. Mungkin lebih Islamik kerana ada selisih pendapat tentang majlis tersebut. Tapi tahun kebelakangan ini majlis itu menjadi semacam trend. Semua bertudung (perempuan) semasa akad nikah. Dalam hati tertanya-tanya; apakah tidak sah nikah tersebut jika bebaskan rambut? Bukan saya tak suka orang memakai tudung tapi terasa ralat sebab tudung hanya dipakai untuk majlis-majlis keagamaan sahaja. Lepas menikah di masjid ... pakai baju nampak segala-gala. Nampak belakang, nampak pinggang hatta paha pun. Apa maksud semua itu? Pelik bin/binti hairan. Mana hukum mereka pakai, mana mazhab mereka ikut. Menikah kena pakai tudung, sanding ikut suka hati depa. Berkemban pun boleh, tak nak pakai baju pun tak apa. Anak saya pun ada juga adegan yang nampak rambut tapi itu hanya dalam rumah. Untuk makan beradat tetapi sesudah tak ada sesiapa lagi di situ. Semua tetamu dah balik.
Aduh, macam-macam perkara berlaku dalam tempoh hari raya tersebut. Ada banyak perkara yang saya nak tulis tetapi buat masa ini cukuplah satu ini dahulu memandangkan malam ini saya ada kuliah justeru itu perlu berhenti di sini dahulu.
bersama Kak Zan, biras sulung saya1:17 PM | |
MUSIM DEMAM
MUSIM orang demam. Sekarang. Demam wabaklah, demam selsemalah, demam rindulah. macam-macam demam. Sayapun demam juga, demam puasa. Maklumlah RAmadan bakal menjelma dan puasa yang belum dibayar wajib dibayar. Tanpa alasan, tanpa apa-apa kompromi. By hook or by crook. Tetapi sedih juga bilamana ada segelintir kita yang mengaku Islam tetapi tidak mahu membayar hutang. Jika sesama manusia, masih juga boleh diselesaikan sesama manusia tetapi jika hutang dengan Tuhan, bagaimana cara kita nak bayar?6:10 PM | |
BELASUNGKAWA RENDRA
Serasa-rasa saya, 'Kereta Kencana' yang mereka lakonkan di Auditorium DBKL beberapa tahun selepas kunjungan saya ke Jakarta itu, masih ada kesannya di jiwa. Memek muka, lontaran kata, gerak, pencahayaan, kostum, set, mekap; tak boleh dinafikan 'bagus'nya. Tidak leterlaluan jika saya katakan, melihat teater monolog; masih belum ada yang setanding dengan "Kereta Kencana' Dari semua segi. Bukan memuji, tapi hakikatnya inilah yang saya rasakan pengakuan paling jujur
12:42 PM | |
MUSIM KONVOKESYEN
5:26 PM | |
DAPUR & PROFESOR EMERITUS
3:20 PM | |
HARI INTERKASI PELAJAR BARU & PELAJAR OHIO UNIVERSITI
1:59 PM | |
SUNGAI PAHANG & KENDURI KAHWIN 'KAKNEK'
Bersama Wan & Sem (nama yang saya panggil kepada Samsiah Mat Nor), kami bertolak dari KL ketika jam sudah melewati angka 10pagi. Sabtu 11 Julai 2009 penuh gelak ketawa. Mahu tidaknya, tiga kawan yang sukar untuk bertemu tiba-tiba dapat bersama dalam satu kereta ke Temerloh. Chenor lebih tepatnya. Dan lagi, dapat makan gulai kenduri. Saya memang suka gulai kawah. Sebabnya, jarang dapat makan gulai kawah. 1:59 PM | |
About Me
- ANABALQIS
- Saya penulis kreatif yang menulis dalam beberapa genre kesusasteraan; cerpen, novel, puisi, drama (pentas & tv). Lokasi saya kini di Kuala Lumpur dan pekerjaan tetap saya, pensyarah di Universiti Malaya dalam bidang MEDIA.




