Thursday, February 05, 2009

Alahai, lama sungguh tidak menulis di ruangan ini. Sebenarnya, saya kelupaan 'password'. Begitulah rupanya teknologi. Dengan satu kelupaan kita, semuanya bisa silap, segalanya bisa kelewatan.
Apapun, alhamdulillah, Khamis ini saya bisa kembalikan ruang kecil ini untuk kembali menulis. Bertahun-tahun ini pelbagai perkara telah berlaku. Ada yang sedih ada yang manis. Seperti hari yang pergi dan pergi, begitulah juga diri kita sebagai manusia yang dhaif dan lemah. Berbagai-bagai perkara telah berlaku pada diri kita atau persekitaran dalam beberapa tahun ini. Yang hidup atau yang pegun. Pada keluarga, anak beranak, rakan taulan atau mungkin juga seteru. Kawan-kawan misalnya, ada yang telah pergi dari mata kita (sama ada kembali ke Tuhan atau pergi dari kamus persahabatan atau mungkin juga bertukar tempat mencari rezeki) dan ada yang mendatang (tentunya Tuhan yang menghantar mereka itu datang sebagai kawan kita).
Begitulah kehidupan. Kelumrahan menjadikan kita kebal dengan peristiwa. Kebiasaan menjadikan kita yakin untuk kendalikan resah atau amarah atau bahagia. Justeru, kelumrahan itu mendekatkan kita kepada kenal diri apabila kita telus mengambil iktibar dari waktu. Belajar menghindar dari kesakitan dan mengenang kebahagiaan. Jika tidak kita berfikir tentang perkara-perkara kecil ini, bermakna kita juga tidak pernah akan was kepada perkara-perkara besar memandangkan yang kecil itu awal kebesaran.
Alhamdulillah, saya sudah bisa menulis.

perempuan tanpa muka ii Dia cuba bangkit dalam payah. Ya, aku cuma melihat. Cuma. Aku tidak menghulurkan tangan. Tidak juga bersimpat...