Monday, June 29, 2009

CHAKLAT NISSE


Ada beberapa perkara yang ingin saya perkatakan di sini. Perkara yang tertangguh beberapa hari. Antaranya termasuklah 'bengkel pengarahan finas', kemasukan pelajar baru serta dua tiga perkara lagi. Pun begitu justeru sibuk dengan pembacaan tesis pelajar MTAT (diploma Stategik & Pertahanan) serta tesis pelajar sarjana jabatan (pemerika dalam), keinginan itu harus ditundakan dahulu.
Sekarang sebelum pejabat beroperasi dan saya harus menyiapkan sesuatu, saya menulis sedikit mengenai 'culture product' @ produk budaya. Orang katalah. Sebenarnya panggilan itu hanya satu subjek yang dijadikan 'brand' yang sebelum ini tidak diuar-uarkan lantar tidak menjadi budaya kita meuar-uarkan sesuatu kecuali yang buruk-buruk. Salah satu produk budaya Kelantan yang masih boleh didapati di pasar-pasar (tidak jumpa di SUPERMARKET) ialah "chaklat nisse". 'Chaklat' itu sah-sahlah diambil dari perkataan 'chocolate' yang bermaksud 'coklat'. Orang Kelantan memang faham sangat maksud coklat. Bukan sahaja manisan, warna 'kekoko-kokoan' kadang-kadang dipanggil dipanggil coklat juga. Kulit pun disebut coklat (yang agak kelabu sikit). Begitulah kreatifnya bangsa Melayu Kelantan tercintaku!
Orang Kelantan buat sedikit improvisasi dari wajah 'chocolate' lalu menjelamalah chaklat ni. Ramuannya bukannya banyak, gula melaka, kacang tanah dan mungkin sedikit gandum. Fuhhh ... sedapnya Tuhan saja tahu. Saya memang suka makan chaklat nisse. Tak payahlah nak sogok saya dengan 'feda rose', 'kendos', kedberi', dan bermacam-macam lagi itu. Tak semasuk ke jiwa raga sayanya. Yang besar di lidah tetaplah chaklat nisse. Buka sahaja pembalut warna-warni itu terjelmalah rupanya yang tidak cantik, tidak molek atau menarik itu tetapi ... sedap mak tuan!
Teringat dua minggu lepas semasa menghadiri 'bengkel pengarahan' di finas. Saya bawa dalam bekas palstik dan bubuh dalam beg. Makan semasa 'pemudahcara' memberi kuliah. Saya hulurkan kepada rakan-rakan yang bukan Kelantan. Rupanya mereka juga tahu kewujudan spesis ini. Ah, alangkah bangganya saya. Rupanya bukan sahaja 'budu' yang boleh dijadikan 'trademark' Kelantan. Nampaknya produk ini pun boleh dikomersialkan. Falsafahnya; manis leting bukan busuk kohong (kata seorang bekas teman saya) macam budu. Tetapi kenalah buat modifikasi sedikit. Saya ingin sangat mencadangkan kepada pengusaha-pengusaha chaklat nisse; kurangkan manis (macam mana nak jadi idola kalau akhirnya mendatangkan bala), tambah kekacang yang lebih glemer seperti kacang pistasio, buah berangan, badam dll (macam manisan orang Arab - ambil pengaruhan bukan tiru) dan kacangan lain ( jangan kacang buncis, kacang panjang atau kacang-kacang seangkatan dengannya).
Pembungkusannya pula buat biar lebih menarik. Pakai kertas yang kalis rupa atau masukkan dalam bekas-bekas palstik cantik dan mudah dibawa. Mahal sikit tak mengapa, orang beli yang penting sedap mata memandang. Boleh juga dijadikan 'hadiah' kepada banyak majlis. Daripada kita duk memperkayakan syarikat-syarikat orang puteh, alangkah baik kita pasarkan 'produk budaya' kita sendiri.
Satu kira-kira mudah; berapa banyak orang buat kenduri kahwin sekarang? Berapa banyak majlis di Malaysia (yang ada konsep 'door give')? Seminar atau bengkel? Itu belum masuk kegemaran budak-budak mengunyah gula-gula. Selama ini, semuanya duk memberi duit kepada 'orang lain' sama ada peringkat kampung, daerah, negeri seterusnya negara. Sudah tiba masanya untuk orang Kelantan mengkomersialkan produk budaya kita untuk pasaran Malaysia! Apa macam? Tak tercapai akal atau angan-angan? Tidak ada mimpi tanpa lena, kecuali kepada orang yang memang suka bermimpi ketika mata terbuka. Apa kata demo, Rozlan?

Thursday, June 25, 2009

BUKAN MATA SEORANG MATA-MATA


Kawan saya seorang mata-mata. tetapi barangkali matanya tidaklah seperti mata saya walapupun ada mata putih dan hitam (berwarna). Tetapi, mata bukan pilihan kita meskipun penglihatan itu tergantung kepada kita. Kata teman mata-mata saya itu, dia memandang mengikut ketetapan kerja. Kita?
Saya memandang apa sahaja. Yang indah atau sebaliknya. Syukur sehingga ini masih diberi pilihan dari pemberian ini. Mata yang teman-teman katakan berkanta lengkap. Sebenarnya, saya tak pernah berkanta lengkap pun kerana anak mata saya jenis cembung dan tidak boleh menggunakan bahan artifisial. Mata saya tidak terlalu hitam. Tetapi pandangan saya masih jelas. Masih mampu memandang mana yang baik mana yang kurang baik. Tetapi, saya fikir apapun warna mata tidak penting kerana yang menjadi titik tolak kepada segala sesuatu pada diri kita ialah hati. Bersih dan jujur. Itulah nikmat kehidupan. Kita tak akan mampu membeli dunia dengan harta tetapi kita bisa milikinya di hati. Pada saya, kebaikan dan keindahan hidup terpamer di mata. Barangkali ada benarnya kata orang tua-tua dulu; dari mata turun ke hati - terus diingati!
Saya teringat kata orang tua-tua di kampung saya; mata kelabu orangnya bengkeng. Mungkin saya bengkeng (hahaha...) tetapi saya teringat lagi kisah seorang kawan saya yang teringin memakai kanta lengkap. Saya bertanya, apakah jika matanya bertukar warna hatinya juga akan berubah cita? Dia tidak menjawab. Akhirnya baru-baru ini saya mendapat tahu dari teman-teman; dia sudah benar-benar berubah. Bukan kerana warna matanya tetapi justeru dia berjaya dalam kerjayanya. Hatikah itu?

SEMALAM ITU

Setiap kita ada semalam. Saya juga tapi semalam saya pergi dengan sendu. Seperti sebuah kereta api yang lewat dan meninggalkan saya di terminal, begitulah semalam itu. Yang tinggal hanya sebuah bingkai kenangan. Gambar ini saya ambil dari salah jendela sebuah hotel di JB ketika mengiringi 'kasih' berseminar. Walaupun waktu itu tidak mungkin kembali tetapi kenangan itu kekal di hati. Saya berdoa sentiasa; moga Allah memberi kesetiaan yang terdalam buat saya kerana hati saya cuma satu.

Kepada 'kasih' saya akan selamanya mengenang kisah kita sebagai abadi. Saya juga berdoa kepada-Nya, moga hati saya akan sampai mati tidak berundur dari mengingatnya selepas mengingati-Nya.

Wednesday, June 24, 2009

MENANTI LAPANG

Agak lama saya tidak menulis. Aduh, waktukah yang mengejar atau tiada ruang untuk kita mencelah. Sukar untuk mentakrifkannya dengan adil. Apapun, hari ini saya harus menulis sedikit tentang apa yang sepatutnya saya tulis.
Ada beberapa perkara yang ingin saya bicarakan tetapi masih kesuntukan waktu. saya kira, mungkin sehari dua lagi saya kembali menulis. Kiranya kesihatan juga masih belum mengizinkan.

perempuan tanpa muka ii Dia cuba bangkit dalam payah. Ya, aku cuma melihat. Cuma. Aku tidak menghulurkan tangan. Tidak juga bersimpat...