Saturday, June 30, 2012
Friday, June 29, 2012
dan cerita kita
… bila kau pergi, angin tidak lagi bernafas. Mata air di hulu senyap dari
alir. Sakit menahan ingat. Pun aku bahagia. Menatap resah dari dalam
kenang. Besar dan tak pernah
diam. Terkelir dalam jiwa. Merenda beringgit-ringgit dalam sukma.
Sungguh aku sedang menikmati sekuntum cinta dari frem berbingkai jauh.
pustakajiwa - akhir jun 2012.
Monday, June 25, 2012
Saturday, June 16, 2012
Monday, June 11, 2012
begitulah
waktu ingat berguliran di dalam gelombang, cenderawasih bersayap biru itu telah terbang ke dada langit.
Tuju barat. Allahku, dia mencintai-Mu tanpa mungkir lalu mohonlah, selamatkan dia dari halilintar atau tukang panah. Atau rembasan hujan. Kembalikan dia ke tanah ini nanti dalam asal.
Tuju barat. Allahku, dia mencintai-Mu tanpa mungkir lalu mohonlah, selamatkan dia dari halilintar atau tukang panah. Atau rembasan hujan. Kembalikan dia ke tanah ini nanti dalam asal.
Kami menanti.
Sunday, June 10, 2012
... bulan
itu sudah hampir ke pintu takdirnya. Hilang untuk seketika. Dan, aku telah bermadah pada hati, akan terus menantimu menebarkan seru ke dalam malamku.
Allahku, terima kasih jika masih mampu kudengar cap rumah berzikir di cucur atapku.
Esok.
Esok.
sekepergianmu
Jika kita tidak lagi bertemu, anggap tiada sejarah untuk
dikenang justeru kita tak pernah berjanji. Daku selalu akan
reda pada waktu yang pernah kita kongsi. Telah kupateri kemas waktu-waktu
itu di purijiwa. Siang atau malamku. Tidak bisa terpandang meski oleh para peri
yang menjaga lenaku.
Lalu berangkatlah, kasih. Pergi pada tujumu.
Anggaplah catatan ini hanya jeda dari celahan sela nafasmu.
Seperti burung-burung yang terbang melihat daun-daun mati berserakan di pasir
yang pada dahannya pernah kau hinggap.
Jangan kasihani aku.
Lalu berangkatlah, kasih. Pergi pada tujumu. Anggaplah catatan ini hanya jeda dari celahan sela nafasmu. Seperti burung-burung yang terbang melihat daun-daun mati berserakan di pasir yang pada dahannya pernah kau hinggap.
Jangan kasihani aku.
Saturday, June 09, 2012
Friday, June 08, 2012
Thursday, June 07, 2012
kau
... di luar jendela. Berlari pantas di aspal waktu. Tuju destini. Aku melihat dari sini, kamar ini. Hati ini. Aku akan terus menunggu karena aku yakin, di hujung jalan itu ada Allah memimpin kita. Bila aku tak lagi sempat melihat senyum atau mendengar suaramu, aku selalu beranggap itulah bahagianku.
hujung rejab - petaling jaya.
Wednesday, June 06, 2012
bila
kau lihat bekas di satu ruang. Kenangan menerpa bak halilintar. Tusuk ke qalbu yang satu. Sungguh, aku rindu.
petaling jaya.
petaling jaya.
Tuesday, June 05, 2012
HADIAH
Minggu ini mendapat dua hadiah yang barangkali tertangguh. Kedua-duanya beg. Satu beg kecil dan satu beg besar. Satu hadiah daripada Benny Mahenra, teman dari Surabaya yang datang mencari ruang belajar di Malaysia dan beg besar itu hadiah dari teman baik Wan Habsah.
Sungguh, rezeki itu rasa. Rezeki itu satu situasi di mana kita rasa begitu terharu mendapat barangan yang sememangnya kita suka. Dan, saya benar-benar berbahagia. Tiada ucapan yang mampu saya lafazkan dari kolam jiwa kepada dua sahabat ini. Tidak menduga juga. Saya jarang menghadiahi teman-teman tetapi saya suka menjamu mereka makan. Itulah satu-satunya jika boleh dikira pemberian. Saya bahagia jika dapat memberi kawan-kawan saya makan, makanan dari daerah saya justeru selalunya makanan dari daerah kelahiran saya itu sudah tidak original di Kuala Lumpur. Jadi, saya katakan saya mahu memberi mereka satu keaslian. Yang sepatutnya mereka rasa dengan lidah. Hati dan jiwa.
Ben dan Wan, terima kasih. Walau hanya kuucap di sini. Dengan aksara ini.
Monday, June 04, 2012
Saturday, June 02, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)
perempuan tanpa muka ii Dia cuba bangkit dalam payah. Ya, aku cuma melihat. Cuma. Aku tidak menghulurkan tangan. Tidak juga bersimpat...