Sunday, June 30, 2013

TAKDIR

Aku tanya kecewa itu apa? Dia menjawab dalam nada perlahan. Dia kata, kecewa itu luka. Kecewa itu pabila aku rasakan dadaku sempit. Rasa nafasku pendek. Ada riak yang bertali-arus di dalam rasa. Rasa yang tidak tahu dari mana datang. Riak-riak itu membesar. Seolah-olah menutup salur nafas. Sakit sangat. Siksa sangat.

Aku tanya lagi. Kenapa kecewa? Dia menjawab,  pabila tak dapat apa yang kita inginkan. Atau kita dipermainkan. Kita didustai. Aku terus mendesak dia memberitahu lanjut. Dia menjawab dengan mata berkaca-kaca. Dengan  muka yang seperti menahan tangis, dia menyambung, bila janji yang dibuat dikhianati. Seolah-olah mereka lupa, lidah itu milik Allah. Sesenangnya berjanji dan semudah itu juga  dimungkiri.

“Berdosakah aku kak? Aku hanya meminta perkahwinan. Aku mahu mencintainya sebagai isteri. Aku hanya mahu berpahala bukan kekal dalam dosa.”
“Apa maksudmu, Iman?”
“Mencintainya, mengingatnya dalam ikatan halal itu, berpahala kan?”

Aku diam. Sebak dadaku kian besar petang ini. Kenapa? Kenapa Iman selalu membawa air matanya ke depanku? Aku mahu katakan begini, belum Allah takdirkan dadamu lapang. Belum Allah takdirkan janji kalian terpatri. Belum Allah takdirkan air matamu terkunci dalam hati. Dia masih mahu kau sedar, takdir ini  tidak pernah terbaca kita.

Tetapi, aku gagal bersuara.

Saturday, June 29, 2013

rasa

... bahagia kerana kau bahagia. Terima kasih, mengajarku makna rasa.

petaling jayahujung julai 2013.

Tuesday, June 18, 2013

Saturday, June 15, 2013

taubat

aku rindu sekuntum cinta. Di dalamnya tanpa kutukan dosa. Dari sekalian para malaikat dan Tuhan.
Kasih, maafkan aku jika saat ini mula membunuh harap padamu.

tanah petalingtengah jun 2013.

Wednesday, June 05, 2013

tanpa


kau pergi tinggalkan jejak. Aku cuba menapak di situ. Di jejakmu. Tetapi, hilang di dalam jauh. Tuhan, berikan aku ruang. Bernafas dari rongga jiwa. Lagi. Aku akan kembali ke titikmula. Seperti aku tak pernah  melihat atau mengenal cinta.

tanah petalingawal juni 13.

perempuan tanpa muka ii Dia cuba bangkit dalam payah. Ya, aku cuma melihat. Cuma. Aku tidak menghulurkan tangan. Tidak juga bersimpat...