Thursday, July 18, 2013

Inilah negaraku. Tanah tumpahnya darahku


Kena ambil nombor juga encik?” Tanyaku. Petugas kaunter itu mengiakan tanpa mengangkat muka. Seorang lelaki bukan warnanegara (kecuali lain aku tidak tahu) sedang berdiri di depan kanuter. Aku bergerak ke alat pengeluar nombor yang teletak dekat pintu masuk. Menekan nombor dan melihat angka yang tertera. Aku lapan orang di depanku. Hati sebal. Hanya untuk sekeping stem!
Hati bertanya, salahkah petugas kaunter Pos Malaysia cawangan UM itu mengangkat kepalanya dan menghulurkan sekeping stem kepadaku? Melanggar tatatertibkah? Kurangkah KPInya kalau menghulurkan aku sekeping stem? Dan, akupun menunggu selama lebih kurang 15 minit. Ketika ini aku fikir, alangkah malangnya sistem yang tidak diurus dengan baik. Tiada ehsan, tiada timbang rasa. Atau bukankah mudah Pos Malaysia menyediakan mesin stem. Masukkan duit dan pelanggan mendapat stem yang dikehendaki. Di sebelahnya tersedia mesin penimbang berserta harga. Bukankah itu menjimatkan masa dan sakit hati melayan karenah manusia yang semakin kurang ajar?
Dan, begitulah. Aku dikenakan stem RM0.80 untuk satu surat berisi dua halaman bercetak. Terkejut. Benar-benar terkejut kerana mengikut petugas pos itu sampul berwarna coklat telah ditetapkan RM0.80 manakala surat yang bersampul putih RM0.60. Aku bertanya sebab perbezaan harga ituPerempuan kaunter itu menjawab, mesin yang tentukan (aku fikir itu bukan jawapantetapi aku tidak meneruskan bicara kerana terkejut dengan kadar baharu itu).  Menjawab ocehanku, perempuan kaunter itu menjawab, “bukan mahal mana pun tu, lagipun dah lama tak naik. Gaji posmen pun kena bayar.”
Aku tidak menjawab kerana ketika itu akalku bercula-cula. Berfikir. Apakah ketika stem untuk surat RM0.40 duluposmen bekerja percuma?

Inilah negaraku. Tanah tumpahnya darahku!

perempuan tanpa muka ii Dia cuba bangkit dalam payah. Ya, aku cuma melihat. Cuma. Aku tidak menghulurkan tangan. Tidak juga bersimpat...