Pages

Sunday, November 07, 2010

SEMETER KAIN

500 ringgit. Saya pernah menemani seseorang ke kedai kain. Seseorang itu beli 4 meter. Katanya untuk satu majlis perkahwinan anak rakannya.

Suatu hari saya membelek pakaian di almari. Paling mahal dapati kain saya RM50 semeter. Dan ketika ini sedang terkenang; agaknya berapa ramai orang yang tidak berbaju di pedalaman Sarawak, atau Hulu Tembeling, Kuala Nal, Gua Musang?

Tuesday, November 02, 2010

PERINTAH

mengikuti 'kursus tatacara pengisian markah' online. Sebentar lagi. Boleh sajalah. Kami para pensyarah sekarang bukan ada kerja apa. Goyang kaki. Paling-paling tidur dalam bilik. Bukannya ada paper nak ditulis atau persediaan p/point yang perlu dibuat. Kajian yang nak disiapkan atau mencari 'niche' untuk projek baru. Rileks je. Jadi, boleh sajalah!

Monday, November 01, 2010

SALAM PAGI

kepada diri. Kepada buku-buku dan jendela berkaca. Kepada lipstik yang baru kusapu ke bibir melindungi sejuk bahangan pendingin hawa (yang sejuk). Kepada sejadah kumal yang telah carik di lantai. Kepada mug-mug di meja. Kepada kopi yang belum terbancuh. Kepada teh di dalam bekasnya. Kepada pencuci muka dan ubat gigi. Kepada tesis-tesis di rak yang tersusun tanpa rapi. Kepada Sirah Rasullulah yang masih belum kubaca, kepada bantal hias dan meja jati tanpa alas. Kepada cermin di dinding dan kepada tong sampah yang masih kosong.

Salam pagi buat semua yang mencintai aku!