Pages

Thursday, October 30, 2014

Pabila 
Kaudiam, anginpun mati. Tanah tak berkutik.
Gerak tersekat di hujung rasa.
Dan, mencari riuhmu seperti mula
tetar  kata,  tetar rasa kini  jadi  reba.
Kasih, aku kembali ke suqma
Biar bisu aku.
Pernahkah kaubelajar mengutip ingat di jajaran waktu?
tanah petaling 301014

Saturday, October 18, 2014

TUHAN  CINTA

Kami saling membelakangi di bangku kayu di  taman awam itu. Aku bersuara perlahan sambil mengutis-ngutis hujung kuku tanpa makna, “saya selalu cemburu dengan burung-burung , pen atau komputer awak sebab mereka dapat selalu dekat awak, dapat perhatian awak.
Angin? Atau kereta saya? Atau pakaian saya?”
Juga,” balaskuAku dengar  dia ketawa. Ya, tawa yang sebelum  ini  tak pernah  menyusup telingaku.
Nakal awak sekarang.”
Waktu barangkali mengajar saya.”
Bukan seseorang?”
Seseorang itu …” aku  menutup mulut dengan tangan walaupun ingin  kuteruskan begini, “awak yang tak pernah hilang dari  jiwa dan mimpiKalau bolehSaya nak  tengok awak setiap detik. Sampai saya tutup mata kali  penghabisan.”
Dia ketawa lagi. Dia bangun  lalu datang dan kemudian duduk di depanku dengan kata, “awak baikSaya doakan Allah temukan awak dengan seseorang  itu. Allah  itu perahsia tapi rahsia-Nya tetap terbaik.”
Aku angguk kerana sebenarnyasudah  lama kuserahkan  hati kepada-Nya. Allah yang EsaWaktu kami berpisah dulu, aku datang  kepada Tuhanku dengan  doa agar diberi ketabahan. Aku tak mahu cinta  jadi Tuhan.
Begitulah dia yang telah kukenal lebih  dua ribu hari lalu ituDia tak banyak berubah  meski sudah hampir enam ratus hari kami mencari grid hidup sendiri. Aku belum cerakinkan rasa saat ini.  Bahagia?

Friday, October 17, 2014

MAKMUM
 sudah kukatup sekalian jendela
hujan melebat bercucur di atap
dan tempias datang
membawa kau ke pintu
gugup aku membaca takdir
mata dan suaramu masih seperti ratusan hari lalu
ketar  dan kebabangan akuhiris tak berdarah. tikam tak luka. barangkali.

kasih,
kubentangkan sejadah ungu
biar aku jadi makmummu!

tanah petalingoktober 14