Wednesday, May 11, 2016

LAUT ITU BERPANTAI
Bahasa itu makananku.”
Jadi?
Aku faham makna perkataanmu kerana kau masih menulis dalam bahasa ibuku.”
Kau marah aku, kan?”
Aku tahu, takdir milik Dia. Jadi pergilah jika kau tak bahagia  bersisi dengankuSejauh manapun jarak, aku masih akan selalu ada kau. Dalam hati.
Diam. Dia pergi. Sehingga suatu hari, sehelai angin membawa bisik. ‘Diatelah menyunting sekuntum wangi menghias  hari. Di kamar diri.
Dia berteleku selepas sujud dan rukuk dan sujud dan rukuk dan sujud.
Tuhan, aku rindu ujian.
Ujilah aku dengan perpisahan atau khabar.
Aku hanya ingin jadi hamba.
Syukur dan sedar.
pestaka jiwapetaling jaya.

Friday, May 06, 2016

SEMBILAN RATUS SEMBILAN PULUH SEMBILAN HARI

Suara lelaki memberi salam. Dia mampir ke pintu. Hujan.

Kenapa semalam ini, tuan tiba?”

Hajatku bermalam.

“Tuan, aku akan berpergian sebaik hujan teduh.  Guru Quranku di ujung desa tinggal sendirian dan aku harus menemaninya.”

“Dan, kau menghalauku?”

Bermalamlah di sini. Seperti aku yang telah sendirian menghadap gelap sejak tuan meninggalkan tangga itu sembilan ratus sembilan puluh sembilan hari lalu.”

Kau dendam aku?”

Aku telah maafkan tuan, tetapi aku manusia. Ada tanggungjawab dan hidup. Aku tak lagi mengharap apa-apa daripada tuan. Seperti tuan telah membuangku sembilan ratus sembilan puluh sembilan hari lalu.”

Aku juga juga manusia yang …”

“ …
tuan, hujan telah diam. Aku beransur duluKamarmu masih sempurna. Aku pergi.”

Dan, 
dia menarik lampu suluh di tepi lemari kayu tua di ruang tamu kecilnya lalu meredah malam. Dia mendengar lelaki tuan itu memanggil namanya kali-berkali. Tetapi, dia telah tetapkan nekad

perempuan tanpa muka ii Dia cuba bangkit dalam payah. Ya, aku cuma melihat. Cuma. Aku tidak menghulurkan tangan. Tidak juga bersimpat...