Wednesday, April 28, 2010

PUTRAJAYA oH puterajaya

Semalam (27/04/10) saya diminta hadir ke IPG putrajaya. Mesyuarat Pemantapan Bahasa Melayu. Sesat itu mungkin perkara biasa justeru saya sudah mengukur-timbang-tolak-bagi-campur, waktu sebelum ke mana-mana. Dah tahu sangat, KL punya cerita, sesat itu dalam juga kira. Saya tidak gopoh atau gabrah, biarkan saja. Susah-susah; malas - balik saja. Pergi pun bukan boleh klim apa-apa. Memang bagi pandangan sahaja secara percuma. Sebab pengalaman saya; ke putrajaya tak pernah dapat klim apa. Baik dari jabatan kita atau dari pihak depa (mengungkit, tak dapat pahala dah!)
Tapi itu taklah besar sangat bagi saya justeru KL - putrajaya bukan jauh mana pun. Berapa sen sangat minyaknya (tapi kalau dah sesat jadi lebih 80km jugak pi balik. Mak aihhhh...) Kalau saya menteri satu km berapa agaknya dapat elaun perjalanan ya? Dahlah minyak free. Fuiii ... best. Itu sebabnya kadang2 datang juga jahat ke hati saya supaya berhenti kerja dan jadi wakil rakyat. Kawan-kawan pun ramai kata saya boleh dan sah menang kalau bertanding. Pelajar saya ... tak payah cerita. Semuanya sokong. Maklumlah guru retorik! (bukan bangga diri ... nauzubillah).
Itu pun takpa. Tapi paling menyentuh hati, sesudah berhempas pulas mencari lokasi Blok E itu (itupun ditolong oleh seorang hamba Allah yang baik hati menunjukkan saya blok tersebut dengan kenderaan JPJ - selama ni bercupak bergantang menyumpah JPJ sebab baru kena saman ... hehehe). Kalau harapkan penjawab telefon umum IPG yang tak cekap dan tak efisyen itu, tak bermesyuaratlah saya. Boleh dia letakkan telefon itu begitu sahaja. Saya menanti bagaikan macam pok ko'. Dengar mereka duk bersembang sedangkan kredit saya mengalir macam air. Dia ingat saya dapat kredit percuma dari mana-mana telco? Akhirnya saya putuskan panggilan. Dan, alhamdulillah lelaki budiman itu telah menunjukkan saya jalan. Mudahan Allah sahaja membalas budi baikmu tuan, hamba Allah.
Dah, sampai hatipun rasa macam masjid yang belum ada makmum. Lega litar. TApi masalah lagi. Paking takda. Saya pernah dengar masalah ini disuarakan oleh ramai orang. Akhirnya saya terpaksa paking berhadapan dengan bangunan blok E dalam keadaan tanah berselut (kalau hujan macam mana lah nanti.) Sampai di bilik mesyuarat, saya agak lewat. Demam lagi. Dengan suara yang macam cik pon... terkejut tu , kenalkan diri. Nasib baik bahagian saya masih belum dibincangkan lagi. Ketika itu saya disuakan dengan sebiji karipap, sepotong kueh pulut srikaya dan maruku. Teh o nipis. Mulanya menolak tetapi memikirkan saya belum mengambil ubat demam kerana tidak sempat makan sebelum pergi, saya keluarkan ubat dan makan karipap dan pulut srikaya. Alahmdulilah. Berbahas dan bertengkarlah kami dengan seenaknya (dalam istilan profesional).
Makan. kata teman sebelah. Saya angguk. Memang tahu sudah hampair jam satu. Rupanya makanan untuk siang itu tidak ada. Mengarut! Takkan makan pun tak ada. Kokak sangat dah kita sampai makan tengahari pun tak disediakan? Bungkus sajalah. Sepuluh orang bukan banyak. Bukan makan dengan menteri. Kami pun bukan menteri yang perlu chef terkenal masak. Kami cuma pensyarah saja. Mustahil tujuh ringgit sebungkus nasi pun tak mampu disediakan untuk kami. Oh ... malangnya!
"Maaflah puan, doktor ... sebenarnya kami memang tak ada peruntukan. 60% dah dipotong." Kata salah seorang staf di situ. Kami melopong. Oh, Tuhan. Siapakah kami sebenarnya? Otak diperah dan ...tak mampu rasanya untuk menulis. Sedih. "Tak mengapalah, saya belanja makan. Jom ke Alamanda." Kata pegawai yang bertanggung jawab dan saya tidak sempat mengetahu namanya (Tuhan akan berkatimu adik yang manis). Saya menolak pada mulanya tetapi angota lelaki nampaknya tidak boleh berkompromi dengan perut. Makan nasi ayam di (tak mahu sebut nama, nanti promosi percuma) di Alamanda. Saya makan sayur dan tahu sahaja. Tak tahulah halal ke tidak. Allah selamatkanlah aku!
Jam dua tiga puluh petang kami sambung. Hanya untuk empat orang dan dua dari IPG. Enam semuanya. Kawan sebelah bertanyakan kopi tetapi rupanya sampai bersuraipun kopi tak dihidangkan. Adus ... bukan budi mereka tidak ada. Peruntukan yang dipotong. Apalah daya kita. Siapalah kita. Ketika sampai di ruang depan blok E itu sedarlah saya, hujan agak banyak. Kereta. Becak. Selut kuning. Nasib baik ada katelog batu dan tiles dalam kereta. Dapatlah buat lapik selipar yang bertukar warna.
Putrajaya oh Putrajaya. Siapalah perancang bandarmu waktu itu?

Friday, April 23, 2010

::PESTAKA MELAYU::


Sedang menyiapkan "Pestaka Melayu" dengan segala upaya. Dari menyediakan bentuk dalaman hinggalah ke memilih warna, saya berhempas pulas menyediakan akal. Baru saya tahu, sukarnya merealisasikan mimpi ke nyata. Rumah yang saya 'dapat' ini sudah berusia lebih tiga puluh tahun. Mengubahsuai rumah lama barangkali tak jauh bezanya dengan menyolek 'insan berusia' untuk melakonkan watak muda. Rambut palsu, mekap tebal dan pakaian yang sepatutnya harus digayakan. Tetapi rumah bukan pelakon. Rumah itu kediaman. Tempat kita berhenti lelah seketika dalam perjalanan menuju negeri akhirat. Menuju tawaduq diri.

Menyedari itulah, saya cuba menyediakan "pestaka Melayu" sebagai sebuah pestaka yang boleh memberi manfaat kepada ramai. Dengan kos yang kecil, saya mengambil beberapa sebutharga dan yang paling hampir dengan kemampuan kewangan saya, terpilih. Dan, alhamdulillah sehingga 22/04/2010 ini, sudah lebih 50% siap. Namun sesuatu yang di luar jangka berlaku bilamana kasa jantan mulai dimamah anai-anai dan terpaksa diganti semua (rumah lama). Jadi, dari minor dah jadi pengubahsuaian major. Tapi alhamdulillah, kontraktor itu nampaknya tidak begitu 'menekan' dari segi harga dan masa. Sedikit sebanyak meringankan bebanan di kepala. Maklumlah, mana nak fikirkan cat, lantai dan hiasan dalaman yang sesuai dengan konsep sebuah pestaka. Mana pula nak fikirkan tentang keselesaan dan 'penyucian' rumah itu.

Tadi ada masalah lagi. Kebocoran pada bahagian tangki air atas bahagian dapur. Aduh. Harus ditambah lagi kos. Tercenung aku seketika. Bukan mudah mentaksir perkara yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar. Kontraktor itu bertanya, 'kenapa kakak tidak lihat dulu sebelum beli?" Saya menjawab, "kalau pun dilihat, apakah mampu kakak memanjat ke bumbung?" K0ntraktor itu senyum. Saya pun mampu menterjemah atap, kasa jantan, jerial, dan macam-macam itu dengan bahasa sendiri, bukan bahasa kontraktor (%^$#@78*%$$$$$).
Ketika ini teringat kata seorang teman, rumah itu tempat kita suka di dalamnya. Membina rumah tidak sama dengan kediaman. Kini saya rasai kebenaran kata teman itu. Sekarang saya sangat mengharapkan idea-idea di dalam kepala muncul di depan mata saya akan bahagia di situ biarpun sementara jua sifatnya. Saya tidak ralat jikapun orang 'memperlecekan' 'pestaka' saya ini justeru 'pestaka' ini rezeki Allah untuk saya dan tatkala ada sedikit kemampuan maka di dalamnya telah saya sediakan ruang untuk penulis (gender terpilih)yang bermusafir ke kota ini (insyaAllah).
Lalu, saya berharap sangat 'pestaka' ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa sahaja dari tetamu-tetamu Allah (kepada sahaya). Kiranya, kepada sesiapa yang membaca catatan ini; doakanlah saya tidak dirimbuni riak setelah mendapat 'pestaka' ini.


Sesudah hampir sebulan menyelia pekerjaan para tukang ini, akhirnya saya memahami makna; tiles, nature stone, mosaic, simen, siling kapur, sketing, down-light dan bermacam-macam istilah lain yang serumpun dengannya. Kawan saya Che Non berseloroh setelah kami balik dari Jalan Ipoh suatu petang selepas mencari perkakasan itu. Katanya, "selepas ini awak boleh jadi kontraktor." Saya termenung selintas. Bukan sekadar kontraktor fikirku, juru hias dalaman juga!
Lesen dan ijazah?



Thursday, April 08, 2010

BAHAGIA DI RASA INI

Alhamdulillah,

Sesudah lama tidak begini, hari ini ada sedikit kebahagiaan menyelinap ruang rasa.
Meski demam mula menyerang, sakit kepala yang menyengat (serta pelbagai renyah sebagaimana layaknya proses demam) tetapi rasa semua itu terpinggir kini. Saya amati; benarlah kerana rasa bahagia itu. Sudah hampir dua tahun seseorang memusuhi saya (saya agak - berdasarkan beberapa tanda) tiba-tiba hari ini dia menyapa saya. Terbetik di kelopak qalbu pertanyaan, kenapakah sudah sampai hati dia memanjangkan mahunya menghubungi saya?
Saya hanya manusia biasa yang sedang belajar melupuskan semua dendam di hati (kepada sesiapa jua). Saya akan menyambut salam atau pemberian dengan hati ikhlas. Biarlah Allah saja yang membalas perbuatan mereka (sekiranya benar mereka dendami saya) justeru saya tidak punya pengetahuan sebagiamana wajarnya untuk saya membalas dendam itu. Lalu baiknya, saya diamkan sahaja. Luka itu hanya sebentar. Selebihnya sabar itulah yang indah. Itulah yang sedang saya terap ke hati. Biar saya luka jangan saya melukakan orang justeru saya tidak punya penawar untuk merawat mereka. Tidak mengapa saya dilukakan kerana saya akan mencari ubatnya.
Bunyinya seperti artifisial. Pun, itulah pelajaran yang sangat sukar; mentadbir hati sendiri. Saya boleh belajar dan mendapatkan apa yang saya mahu (pada tahap jangkaan tertentu) tetapi belajar mendidik hati ini, masih. Tidak mampu saya menyatakan kebenaran jika saya masih tak mendidik hati agar redha dengan ketentuan Tuhan.
Benar, saya mengasihinya tetapi tidak sampai membuang Tuhan justeru rasa yang (dibekalkan Tuhan) satu itu. Saya pernah katakan, saya sanggup mati untuknya tetapi ... suatu hari sewaktu terjaga dari tidur, persis siang yang beranjak pergi dan hilang di pintu malam, dia hilang dari senarai 'insan dekat' saya. Air mengalir laju dari pelupuk jiwa. Hati terpokah dan lukanya berbuak-buak. Tetapi, siapa saya untuk menyekat malam dari mengambil siang? Lalu perlahan-lahan saya katakan kepada teman di kiri kanan; jika benarlah Tuhan hanya pinjamkan dia dalam satu tempoh cuma, kenapa saya menangisi kepergiannya?
Saya susun jejari angin jadi kipas guna mengeringkan air di mata. Hati hiba saya hibur dengan tawa dan canda. Bertahun-tahun begitu, akhirnya angin dan awan menjadi teman setia. Angin dan awan menjadi teman rajuk dan luka. Kata teman, 'kau gila'. Saya bilang, bahagia itu di hati saya yang satu.
Dan, benarlah Tuhan itu maha adil. Saya selalu yakin. Dan, tadi ... dia datang bersama segugus senyum. Saya terpempan. Tiada rasa bertaktha di rindu. Tiada marah berkesumat di resah. Tiada dendam menyapa di mata. Sudah ...sudah saya lupus semua. Yang besar di jiwa hanya rindu menyala ...
Begitulah, hati yang bahagia. Saya benarkan dia rai kebahagiaan itu walaupun dengan demam yang baru bermula!

perempuan tanpa muka ii Dia cuba bangkit dalam payah. Ya, aku cuma melihat. Cuma. Aku tidak menghulurkan tangan. Tidak juga bersimpat...