Aku
tanya kecewa itu apa? Dia menjawab dalam nada perlahan. Dia kata, kecewa itu
luka. Kecewa itu pabila aku rasakan dadaku sempit. Rasa nafasku pendek. Ada
riak yang bertali-arus di dalam rasa. Rasa yang tidak tahu dari mana datang.
Riak-riak itu membesar. Seolah-olah menutup salur nafas. Sakit sangat. Siksa
sangat.
Aku tanya lagi. Kenapa
kecewa? Dia menjawab, pabila tak dapat
apa yang kita inginkan. Atau kita dipermainkan. Kita didustai. Aku terus
mendesak dia memberitahu lanjut. Dia menjawab dengan mata berkaca-kaca. Dengan muka yang seperti menahan tangis, dia
menyambung, bila janji yang dibuat dikhianati. Seolah-olah mereka lupa, lidah
itu milik Allah. Sesenangnya berjanji dan semudah itu juga dimungkiri.
“Berdosakah aku kak? Aku hanya meminta perkahwinan. Aku mahu mencintainya
sebagai isteri. Aku hanya mahu berpahala bukan kekal dalam dosa.”
“Apa maksudmu, Iman?”
“Mencintainya, mengingatnya dalam ikatan halal itu, berpahala kan?”
Aku diam. Sebak dadaku
kian besar petang ini. Kenapa? Kenapa Iman selalu membawa air matanya ke
depanku? Aku mahu katakan begini, belum Allah takdirkan dadamu lapang. Belum
Allah takdirkan janji kalian terpatri. Belum Allah takdirkan air matamu
terkunci dalam hati. Dia masih mahu kau sedar, takdir ini tidak pernah terbaca kita.
Tetapi, aku gagal
bersuara.
Sunday, June 30, 2013
Saturday, June 29, 2013
rasa
... bahagia kerana kau bahagia. Terima kasih, mengajarku makna rasa.
petaling jaya – hujung julai 2013.
petaling jaya – hujung julai 2013.
Tuesday, June 18, 2013
Saturday, June 15, 2013
taubat
… aku rindu sekuntum cinta. Di dalamnya tanpa kutukan dosa. Dari sekalian para malaikat dan Tuhan.
Kasih, maafkan aku jika saat ini mula membunuh harap padamu.
tanah petaling – tengah jun 2013.
Kasih, maafkan aku jika saat ini mula membunuh harap padamu.
tanah petaling – tengah jun 2013.
Wednesday, June 05, 2013
tanpa
…
kau pergi tinggalkan jejak. Aku cuba menapak di situ. Di jejakmu. Tetapi, hilang di dalam jauh. Tuhan, berikan aku ruang. Bernafas dari rongga jiwa. Lagi. Aku akan kembali ke titikmula. Seperti aku tak pernah melihat atau mengenal cinta.
tanah petaling – awal juni 13.
Subscribe to:
Posts (Atom)
perempuan tanpa muka ii Dia cuba bangkit dalam payah. Ya, aku cuma melihat. Cuma. Aku tidak menghulurkan tangan. Tidak juga bersimpat...