Monday, May 28, 2012

MASIH

... daun-daun hijau itu perlahan melayang ke bumi.  Seperti air di rasa gugur di laman hati. Allahku, terima kasih masih mengujiku.

petaling jaya - 28 mei 2012. 

Thursday, May 24, 2012

tentang ingat 2

... dan ingat ini terlalu berat untuk kubahu. Kasih, maafkan aku masih belum mampu melupakanmu.

petaling jaya - penghujung may.

Sunday, May 20, 2012

resipi

kek coklat 

1.5kg coklat gelap
450gm susu
300gm gelatin
2 liter krim putar
3 lapisan coklat sponge
100gm sirap gula


caranya: bla bla bla. Dan, sebenarnya aku sungguh tak suka resipi kek yang begini. Sebab, aku kena beli penimbang untuk buat kek. Sedangkan aku ada cawan yang boleh digunakan buat penyukat. Rupanya ramai yang sependapat denganku.

Kalau aku editor majalah masak, aku akan beritahu penulis resipi; buat resipi guna cawan atau gelas sahaja kalau tak, buku resipi awak tak akan terbit. Lucu? Terpulang (sebab itu aku tak dilantik jadi editor).

WAKTU DALAM DIAM

Tidak ada yang bergerak tanpa izin-Mu, Allah. Aku faham itu. Makanya, bulan semalam kulihat semakin kecil. Rama-rama itu hinggap di birai jendela. Aku tanyakan, kenapa dia datang. Katanya mahu sampaikan salam. Daripada cenderawasih yang bakal terbang. 

Aku angguk ketika air mata kian  jeruh di pipi. Tiba-tiba aku rasakan jarak itu mendekatkan aku kepada makna.

petaling jaya dan ingat.

Saturday, May 12, 2012

PINTA KHADIJAH

"Hari ini mungkin kita  masih mampu menahan bisikan syaitan."
Muhammad diam. Dia sudah menjangkakan itu yang akan keluar dari bibir Khadijah sebelum kakinya melangkah tadi. Dia tidak ada jawapan. Dia tidak ada kekuatan tetapi dia ada rasa. Rasa yang dia fikir tidak keterlaluan. Rasa nyaman pabila bersama. Tetapi, hanya itu. Dia ada keluarga untuk ditata. Dia ada tanggungjawab untuk dibuat. Ketika itu mereka menyelesaikan secawan kopi pekat di sebuah kedai minum di pinggir kota hidup.
"Saya meminta kerana saya Islam."
Muhammad faham kata-kata Khadijah tetapi dia rasakan dia  tidak mahu memecahbelahkan hubungan yang telah masyarakat ibaratkan seperti kaca itu. Dia tidak mahu berfikir terlalu banyak tentang hidup yang masih bersisa. Dia mahu menghabiskan usianya dalam bahagia. Damai.
"Saya faham maksud diam tapi saya cuma ingin memberitahumu Muhammad,  saya meminta untuk menjadi makmummu kerana tahu agamamu. Jika kau tak sanggup aku juga akan diam. Anggaplah, aku bukan perempuan terbaik. Terima kasih mengajarku tentang cinta yang benar. Dalam apapun keadaannya, aku tetap akan mengenangmu sebagai Muhammad yang melorongkan kebaikan untukku. Menjaga maruahku, iman dan cinta manusiaku. Anggaplah, temu ini hanya mimpi yang tak pernah kau impi."

Dan selepasnya, tiada lagi pinta itu. Dia tidak tahu rona hati Khadijah. Dia tidak tahu bagaimana Khadijah melepasi detik-detik hidup sesudah dia diam. Dan setelahnya, tiada lagi malam indah penuh wangi. Tiada lagi kuntuman melur putih di dalam lenanya. Muhammad berpaling ke kanan dan kiri. Kiranya perempuan Khadijah hanyalah secalit bayang dari cahaya di kirinya. Kiranya kehadiran itu hanya ilusi tanpa roh. 
Astaghfirullah.

perempuan tanpa muka ii Dia cuba bangkit dalam payah. Ya, aku cuma melihat. Cuma. Aku tidak menghulurkan tangan. Tidak juga bersimpat...