Sunday, October 31, 2010

TERBAIK UNTUK KITA

... begini. Berpisah. Sebagaimana kita telah dipisahkan ribuan hari lalu. Jadi, aku fikir di sini aku akan lebih mengingatmu. Selalu. Dan, berbahagia dengan kejauhan ini. Biar kita tahu dan lebih menghargai makna rindu yang terdalam.

Barangkali benar, Tuhan tidak menintakan takdir untuk kita. Hatta bersapa bayang.



Friday, October 29, 2010

TENTANGMU

ALHAMDULILLAH Tuhan, Kau maha tau ... terima kasih burung-burung syurga membawa khabar ke jendelaku. Tentang dia. Mudahan, dia selalu bahagia...

Monday, October 25, 2010

BEGINI

BEGINI janji-Nya, Aku telah menerima takdir. Diamlah hati...

Saturday, October 23, 2010

Thursday, October 21, 2010

KIRANYA BUKAN WAKTU KITA

Seekor camar telah membawa pergi dikau jutaan hari lalu. Membawa usia kita. Seperti kelmarin, hari ini juga dia datang dan bakal datang sehingga malaikat berhenti mencatat tentang kau dan aku. Selalu, tidak sempat kulambaikan tangan seperti aku tidak sempat melambaikan tangan kepada masa lalu itu.


Pagi itu, aku dengar burung-burung syurga membawa khabar. Masih ada kau. Menanti di peterana hidup. Aku diam. Seperti tidak yakin, kau masih mampu mengingat aku. Burung-burung syurga itu mengibas sayapnya ke kepalaku. Harapankah?


Aku sambut bisik indah dengan rentak yang ditarikan. Tanpa niat berulah atau menukar matlamat aku sambut salammu. Tanpa wasangka. Dan, aku fikir kita tidak bermain rasa. Aku tulis di dada langit. Rindu. Benar aku rindu. Aku tulis, kasih di sukma. Benar kasihku tidak pernah berdusta dan Allah tahu semuanya. Dan, aku tidak akan pernah meminta sesuatu kerana aku tidak mahu mendengar kata tidak. InsyaAllah.


Tetapi sekali lagi aku lihat camar itu datang dengan pesan. Matahari akan gerhana. Aku imbau burung-burung syurga dan kupesan, pergilah ... andai kau masih mahu mengembara ke negeri rasa. Jangan bilang, aku tak menanti. Jika kau fikir diam atau perpisahan adalah terbaik, aku akan selalu mendoakan tiada luka berbekas di hatimu tika kau siap melangkah.



Wednesday, October 20, 2010

MAAFKAN AKU

JIKA aku telah melukakan hatimu. Segaris atau sehama atau sekuminpun tidak pernah aku bayangkan kau ada di depan atau maksudkan kau sebagai objeknya, tetapi kiranya tuturku itu telah membenihkan luka di hatiku jua. Luka yang terbentuk kerana kau tidak datang dan bertanyaku sebaliknya membuka tuturku di hadapan orang lain. Tutur yang kemudian menjadi besar dan akhirnya kau katakan aku tidak menyenangimu. Menyindir dan ...

...dan, hatiku tersiat rabak bilamana kau bersuara, "lain kali janganlah kata begitu pada saya."

Aku terkedu kerana dia tidak pernah kurujuk dalam apa-apa keadaan sekalipun. Tuhan, jika aku telah berdosa, ampunilah aku.

Monday, October 18, 2010

BULAN-BULAN CINTA

BANGUN awal pagi hari minggu macam terlepas dari kuasa sihir (sihiran syaitan tentunya). Aku buka siaran tv pagi. Ada 'Tanyalah Ustaz' dengan Ustaz Zahzan sebagai host. Aku suka dia selain beberapa lagi Ustaz. Kukira mereka ini antara yang mudah cara penyampaiannya dan aku faham dengan selamat. Dua pagi minggu itu beliau membicarakan soal-soal Haji.

Hati menjerit. Getar mengetar. Debar meruntun sukma. Aku masih berkira-kira wang di saku. Bilakah agaknya wang itu mampu menghantar aku ke Mekah? Tiba-tiba teringat senarai sewaktu ke Tabung Haji tahun sudah.

Tuhan ... untuk beribadah pun ada birokrasi?

Monday, October 04, 2010

HARI-HARI YANG PERGI TANPA KEMBALI

Seminggu lagi akan kembali ke universiti setelah sembilan bulan menghabiskan 'cuti sebatikal' (sebenarnya tidak sampai sembilan kerana aku mengajar juga sehingga bulan april). Kira-kira lima bulan sahajalah. InysaAllah akan dengan lebih semangat untuk berjumpa dengan para pelajar yang akan memulakan 'kuliah retorik'.

Sudah ada dalam beberapa naskah yang akan dibawa dan perlu mereka fahami naskah tersebut dalam penelitian retorik sebenar. Bukan retorik pejoratif seperti yang difahami oleh banyak orang. Tunggu hingga semester depan!

perempuan tanpa muka ii Dia cuba bangkit dalam payah. Ya, aku cuma melihat. Cuma. Aku tidak menghulurkan tangan. Tidak juga bersimpat...