Sunday, May 17, 2015


NYANYIMU
tika embun membuka pintu
kudengar  kau nyanyi-bernyanyi
di  puncak malam
garau suaramu memanggil sekuntum nama
AllahuAllahu.
kalau  kau kembali kepada Tuhan
benarkanlah aku menumpang
tanah petaling 2015

Sunday, November 16, 2014


KITA
Hujan mengikatkuKepada ingat. Katamu, aku  terlebih menyanyam  rasa. Kau hidup dalam cintaku. Tanpa jeda waktu. Suntuk dan lapang. Tiada hijab. Kataku. Kau diam. Dan, kita teruskan langkah menuju hujan.
Basah dan kering juga tiada hijab. Justeru sudah kuserah seluruh  aku kepada-Nya.

Thursday, October 30, 2014

Pabila 
Kaudiam, anginpun mati. Tanah tak berkutik.
Gerak tersekat di hujung rasa.
Dan, mencari riuhmu seperti mula
tetar  kata,  tetar rasa kini  jadi  reba.
Kasih, aku kembali ke suqma
Biar bisu aku.
Pernahkah kaubelajar mengutip ingat di jajaran waktu?
tanah petaling 301014

Saturday, October 18, 2014

TUHAN  CINTA

Kami saling membelakangi di bangku kayu di  taman awam itu. Aku bersuara perlahan sambil mengutis-ngutis hujung kuku tanpa makna, “saya selalu cemburu dengan burung-burung , pen atau komputer awak sebab mereka dapat selalu dekat awak, dapat perhatian awak.
Angin? Atau kereta saya? Atau pakaian saya?”
Juga,” balaskuAku dengar  dia ketawa. Ya, tawa yang sebelum  ini  tak pernah  menyusup telingaku.
Nakal awak sekarang.”
Waktu barangkali mengajar saya.”
Bukan seseorang?”
Seseorang itu …” aku  menutup mulut dengan tangan walaupun ingin  kuteruskan begini, “awak yang tak pernah hilang dari  jiwa dan mimpiKalau bolehSaya nak  tengok awak setiap detik. Sampai saya tutup mata kali  penghabisan.”
Dia ketawa lagi. Dia bangun  lalu datang dan kemudian duduk di depanku dengan kata, “awak baikSaya doakan Allah temukan awak dengan seseorang  itu. Allah  itu perahsia tapi rahsia-Nya tetap terbaik.”
Aku angguk kerana sebenarnyasudah  lama kuserahkan  hati kepada-Nya. Allah yang EsaWaktu kami berpisah dulu, aku datang  kepada Tuhanku dengan  doa agar diberi ketabahan. Aku tak mahu cinta  jadi Tuhan.
Begitulah dia yang telah kukenal lebih  dua ribu hari lalu ituDia tak banyak berubah  meski sudah hampir enam ratus hari kami mencari grid hidup sendiri. Aku belum cerakinkan rasa saat ini.  Bahagia?

Friday, October 17, 2014

MAKMUM
 sudah kukatup sekalian jendela
hujan melebat bercucur di atap
dan tempias datang
membawa kau ke pintu
gugup aku membaca takdir
mata dan suaramu masih seperti ratusan hari lalu
ketar  dan kebabangan akuhiris tak berdarah. tikam tak luka. barangkali.

kasih,
kubentangkan sejadah ungu
biar aku jadi makmummu!

tanah petalingoktober 14

Monday, May 26, 2014

TENTANG  PERGI

usah  kaulari kerana aku akan pergi
bila tiba waktuku.

 tanah petalinghujung bulan lima 2014

Saturday, May 24, 2014



WAKTU
Tuhan, tika matari mendaki waktu
masih jua kurasakan hari lambat beredar.
Aku hanya perempuan mimpi.
 Tak bernafas dalam nyata seorang laki-laki. 
Hanya citra dalam ilham pengkarya bisu. 
Cuma sekuntum kembang dalam cinta seorang pekebun.
Dan, hanya  sebilah jarum
penjahit  luka sehelai sepi penenun buta.
Tuhan ... 
tanah petaling 23052014

Thursday, May 15, 2014

tika gundah 
 
dalam gundah
kulepaskan sengsara ke muara segara
yang
selalu memisahkan
seloka apakah kauhulur?
kini setanah kau dan aku
pun
langit kita berbeza
berjuta imbau bergulir dalam waktu
kau tibanya membatu
dan hilang
hingga  kufikir akulah
merak yang pernah terbang
dan patah sayap itu

tanah petaling 16052014

Monday, April 14, 2014


Gurindam 14/4/14

diam-diam kukiam diri.

mengenang rona dalamnya hati

rusuh kian memakan diri.

walau selalu kupujuk sendiri.



kepada Tuhan  daku tafakur

pekerjaan Allah daku akur.

harus berdiam di dalam syukur.

akan disingkir  jikalau kufur.



tidaklah aku berjauh rasa

hanya kelak akan binasa

andai  diturut hati berkata

ke dalam sesat diri berada.



moga  nafas lebihlah  indah

tidak daku di dalam  gundah

kepada Allah tangan kutadah

segala  jiwa  tulus  kuserah.




tanah petaling 14/4/14

perempuan tanpa muka ii Dia cuba bangkit dalam payah. Ya, aku cuma melihat. Cuma. Aku tidak menghulurkan tangan. Tidak juga bersimpat...